Niat Solat 5 Waktu Dan Solat Jumaat

Niat dalam solat fardhu seperti Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Asar. Niat sembahyang lima waktu ini wajib dilakukan setiap individu yang bergelar muslim. Niat solat adalah perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang kerana ia tergolong dalam Rukun Sembahyang.

Selain solat lima waktu yang dituntut ditunaikan pada setiap hari, terdapat satu lagi kewajipan terhadap kaum Adam iaitu solat Jumaat. Ibadah berkenaan dilihat bukan sekadar kewajipan tetapi ia mempunyai objektif mendalam sekiranya setiap umat Islam menghayati hikmah tuntutan solat tersebut. Jadi apakah niat solat Jumaat ? 

Niat Sembahyang Subuh


Subuh
Usalli fardhaz subhi rok'atain(*) adaan lillahi ta'ala
 tambahkan (makmuman), jika sembahyang berjemaah.

Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
 tambahkan (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

Niat Sembahyang Zohor



zohor
Usalli fardhaz zuhri arba'a  rok'ataini (*) adaan lillahi ta'ala
 tambahkan (makmuman), jika sembahyang berjemaah.

Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
 tambahkan (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.


Niat Sembahyang Asar


Asar
Usalli fardhaz asri arba'a rok'ataini  (*) adaan lillahi ta'ala
 tambahkan (makmuman), jika sembahyang berjemaah.

Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
 tambahkan (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.


Niat Sembahyang Maghrib


Usalli fardhaz maghribi thalatha rok'ataini (*) adaan lillahi ta'ala
 tambahkan (makmuman), jika sembahyang berjemaah.

Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
 tambahkan (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.


Niat Sembahyang Isyak




Usalli fardhaz 'isya'i arba'a rok'ataini (*) adaan lillahi ta'ala
 tambahkan (makmuman), jika sembahyang berjemaah.

Sahaja aku sembahyang fardhu 'isyak empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
 tambahkan (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.


Niat Sembahyang Jumaat





Usalli fardhaz Juma'ati rok'ataini adaan makmuman lillahi ta'ala

Sahaja aku sembahyang fardhu Jumaat dua rakaat mengikut imam tunai kerana Allah Ta'ala.

Comments

  1. Salah ni selalu nya subuh fardhaz yg lain tak sma

    ReplyDelete
    Replies
    1. X fhm la..boleh terangkan tak..subuh fardhaz yg lain x sma??

      Delete
    2. So wierd I'm Muslim but okay

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Terbaik. Saya pun ada baca ini di laman web Aku Muslim

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts